Tuesday, May 13, 2008

Mari renungkan bersama...

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat.

2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3. makan atas pinggan yang terbalik.

4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.

5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.

6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.

7. suka bersandar pada pintu rumah.

8. suka duduk di atas tangga.

9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. tidak membersihkan rumah.

12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. suka tidur di atas muka.

15. membakar kulit bawang.

16. menjahit baju yang sedang dipakai.

17. mengelap muka dengan baju.

18. berdiri sambil bercekak pinggang.

19. tidur tidak memakai baju.

20. makan sebelum mandi hadas.

21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. lambat pulang dari masjid.

24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.

26. suka memadam pelita dengan nafas.

27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. membuang air kecil pada air yang mengalir.

30. memakai seluar sambil berdiri.

31. memakai serban sambil duduk.

32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. makan dengan menggunakan dua jari.

34. berjalan di antara kambing.

35. berjalan di antara dua perempuan.

36. suka mempermainkan janggut.

37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38. meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. suka menggigit kuku dengan mulut.

40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. menguap ketika solat.

43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

Dari Hatim Al-Asom :

"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat" , maka ia termasuk sunnah Rasulullah SAW iaitu :

1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.

2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.

3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.

4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.

5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI
"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :

1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.

2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.

3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.

4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.

5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA

Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :

1) Panjang angan-angan.

2) Sentiasa tamak.

3) Sangat kedekut.

4) Berkurang waraknya.

5) Lupa kepada akhirat.

Jenis wajah mayat di dalam kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat : Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu,tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya.Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram.Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Wallahualam

Mari kita fikirkan bersama....

Apabila kita membeli makanan dan minuman dari rezeki yang haram, kemudian sari pati makanan yang haram akan menjadi darah pula. Dalam masa 40 hari, baru akan berganti darah yang bersih. Apabila darah yang haram terdapat sebesar zarah bercampur dengan darah yang murni, kemudian jantung akan membahagi darah kesekujur tubuh. Apabila darah yang sebesar debu masuk pada jantung, orang tersebut akan mendapat penyakit was-was atau syak wasangka. Dan bila sampai kemulut, orang itu dapat penyakit suka mencaci dan memaki hamun, mengumpat dan berkata-kata perkara-perkara maksiat. Apabila jatuh ke kaki, dia akan berjalan-jalan ke tempat maksiat.

Rezeki yang haram apabila dibeli alat-alat rumahtangga, hidup dalam rumahtangga kacau bilau dan berantakan dan tiada ketenangan dan kedamaian di dalam rumahtangga. Kemudian apabila seorang mukmim, makan dan minum dari rezeki yang haram apa lagi orang yang memasak makanan dan minuman itu tidak bersolat atau sembahyang, makanan itu haram hukumnya.

Berasaskan Hadith RasululLah S. A. W. Di zaman para sahabat, ada seorang hamba Allah yang soleh mempunyai seorang anak. Kemudian anaknya sakit dan penyakitnya cukup tenat. Setelah diubat oleh banyak tabib, namun penyakitnya tidak juga sembuh (sihat). Sehingga pada suatu malam orang tua itu bersolat ISTIKHARAH. Selesai solat itu dia berdoa kepada Allah, Ya Allah, Ya Rabbi, Seandainya anakku ini baik baginya untuk mati ambillah Ya Allah, aku redha dan ikhlas. Namun apabila baik baginya untuk hidup, sihat dan sembuhkanlah Ya Allah dari penyakitnya. Bila anakku sihat dan sembuh dari penyakitnya aku akan bernazar akan meminum darah anjing hitam dan akan mandi dengan air kencing anjing hitam. AlahamdulilLah berkat doanya itu. anaknya sihat dari penyakitnya. Namun dia tidak sanggup untuk membayar nazarnya. Kemudian dia datang kepada RasululLah dan bertanya kepada baginda. Baginda memerintahkan agar dia mencari rumah seorang yang mengaku beragama Islam, namun orang itu tidak pernah solat di rumahnya. Apabila hari hujan, tampunglah air cucuran atapnya. Kemudian minum dan mandilah dengan air itu, akan melebihi darah dan kencing anjing hitam. Demikianlah pentingnya solat bagi orang yang beragama Islam. Sahabat nabi dan menantu nabi iaitu Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata, apabila setitis arak tertumpah jatuh ke dalam perigi. Kemudian kering air perigi itu, lalu tumbuh rumput disumur itu (perigi). Aku tidak akan mengembala ternakanku disitu. Oleh sebab itu marilah jadikan sebagai iktibar peristiwa tersebut di atas. Supaya kita orang mukmin berjaga-jaga dari hal makanan dan minuman yang diharamkan bagi kita umat Islam.Ingsaallah....

Wassalam